BANTUAN WAKAF HOSPITAL AMAN PALESTIN DAN PUSAT REHABILITASI DI PALESTIN
RM 20 JUTA BUAT HOSPITAL DAN
PUSAT REHABILITASI
Situasi di Palestin Memerlukan Hospital Mental
Peperangan pada tahun 2014 dan 2021 di Gaza telah membunuh hampir 500 orang kanak-kanak. PBB mengeluarkan laporan hampir 300,000 kanak-kanak Gaza memerlukan rawatan Psikologi. Ramai yang mengalami trauma kerana melihat sendiri ahli keluarga dan rakan-rakan terbunuh di depan mata.

Rakyat Palestin di Gaza terdedah kepada pelbagai risiko hasil daripada penindasan yang berlaku terhadap mereka dan hal ini membawa mereka kepada kehilangan perspektif diri, kemarahan, kekecewaan, kehinaan, dan perasaan tersisih yang menyebabkan peningkatan masalah tekanan mental seperti kebimbangan dan kemurungan (skizofrenia dan bipolar).

Kira-kira 40,000 orang Palestin mengalami schizopherinia dan lebih kurang 400,000 orang yang akan mengalami satu atau lebih kemurungan dalam hidup mereka. WHO anggarkan hanya 4,500 pesakit yang mencapai perkhidmatan rawatan setiap tahun namun Kementerian Kesihatan Palestin percaya bahawa bilangannya lebih daripada itu.
KEADAAN HOSPITAL DI GAZA
HOSPITAL DI GAZA HANYA MEMPUNYAI 35 KATIL SAHAJA !!
Bagaimana Hospital yang kecil sebegini nak merawat penduduk Gaza yang seramai 2 Juta orang penduduk !!
Ini ialah Hospital lama di Gaza yang akan kita gantikan dengan saham akhirat kita !!

APA YANG BOLEH KITA BANTU???
Inilah projek kami di Aman Palestin Berhad untuk rakyat Palestin!. Kami ingin anda bersama kami kita bangunkan hospital ini
PROJEK PEMBINAAN SUDAH PUN BERMULA





BERSAMA KITA BANTU MEREKA MENERUSKAN HIDUP YANG LEBIH BAIK, INSYAALLAH
Pahala mengalir berterusan untuk kita tanpa sedikit pun rugi akan pelaburan saham akhirat ini.

****Makluman****
Ini adalah akaun rasmi Aman Palestin Cawangan Shah Alam
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan:
info.apsamarketing@gmail.com
Bagi tuan/puan yang mempunyai masalah dan sistem pendermaan, sila hubungi nombor yang berikut:
Tel: 019 743 7019 ( En. Fawwaz ) atau Menderma Talian Perbankan Manual:
