BANTUAN TAJAAN ANAK YATIM, IBU TUNGGAL DAN KELUARGA MISKIN PALESTIN
SITUASI YANG MENGHANCURKAN KELUARGA DI PALESTIN
Tahukah anda? Kekejaman Israel ke atas Palestin selama ini, khususnya apa yang berlaku di Gaza??
✳️ 65 peratus masyarakatnya berada di bawah paras kemiskinan yang teruk dan kepayahan
✳️ 95 peratus berdepan dengan krisis bekalan air yang tercemar
✳️ Ketiadaan bekalan elektrik selama 16 jam
✳️ Terdapat 20,000 anak yatim mangsa perang & ia mungkin semakin bertambah!

Peperangan As'fil Ma'kul pada tahun 2014 sahaja telah melahirkan 1,500 anak yatim, kemiskinan dan ibu tunggal akibat daripada serangan Israel ke atas Gaza secara besar-besaran dan meningkat hingga ke hari ini! Semakin meningkat apabila berlakunya peperangan berskala besar di antara Israel-Palestin pada bulan Mei 2021!

JOM SAMA-SAMA BERIKAN SEDIKIT KEGEMBIRAAN
Kempen "KAFALAH / JOM TAJA" adalah kempen setiap bulanan dan setiap tahun. Kempen ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin bagi membantu kebajikan dan pendidikan mereka. Kafalah (penajaan) terbahagi kepada 4 penajaan:
Keluarga Miskin Palestin
Ibu Tunggal
Dana Pendidikan
Aman Palestin menyeru kepada semua muslim untuk merebut kebaikan dengan menyertai kempen KAFALAH. Semoga dengan sumbangan ini dapat menceriakan hidup mereka.
AMAN PALESTIN GIAT MEMBELA ANAK YATIM, IBU TUNGGAL, KELUARGA MISKIN DAN PENDIDIKAN RAKYAT PALESTIN


Keadaan di bumi Palestin benar-benar membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan walaupun sedikit. Tidak semua akan melalui zaman kehidupan yang bahagia dan mengembirakan sepertimana yang kita lalui. Paling utama, kita tidak lahir dan hidup dalam kancah peperangan. Sesiapa yang melapangkan kesusahan muslim yang lain, Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat.
Bantulah mereka InsyaAllah! Setiap perbuatan yang baik walau sekecil zarah pasti akan dibalas juga dengan kebaikan di akhirat kelak.

